Sunday, February 28, 2010

Mesyuarat Seminar Serantau dan Pertandingan Inovasi


Mesyuarat bersama jawatankuasa untuk membincangkan persiapan Seminar Serantau Pendidikan Guru Permulaan. Muzakarah secara ukhwah dalam kalangan warga IPG meningkatkan kualiti diri pensyarah dan menghasikan keputusan yang rasional dan secara bijaksana.

Blog Master Seminar
Readmore »

Seminar Serantau Guru Permulaan Pendidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2010

Seminar Serantau Pendidikan Guru Permulaan dianjurkan Institut Pendidikan Guru Induk dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Guru dan Kerajaan Negeri Melaka serta Institut Pendidikan Guru. Seminar Guru Permulaan Serantau sempena Sambutan 75 Tahun IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, objektifnya berfokus untuk:

i. Memahami konsep dan isu-isu guru permulaan di negara-negara serantau (Malaysia, Indonesia, Brunei Darusalam, Filiphina, Singapura dan Thailand).

ii. Mengemukakan idea dan pandangan intelektual tentang peningkatan profesionalisme guru permulaan.

iii. Memperkasakan pendidikan guru permulaan ke arah membina kerjaya profesionalisme keguruan yang cemerlang.

iv. Menggalakkan inovasi dalam pendidikan melalui pameran dan pertandingan.

v. Mendokumentasikan isu-isu guru permulaan melalui pembentangan kertas kerja dan forum.

Readmore »

Friday, February 26, 2010

Mukadimah

Sempena 75 Tahun Jubli Intan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, institut ini akan menganjurkan Seminar Serantau Pendidikan Guru Permulaan di Dewan Tun Fatimah, Institiut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu, Melaka pada 5 hingga 7 Mei 2010. Perasmian seminar ini akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Zulkurnain bin Haji Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia dan Perasmian Penutupan akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru Induk. Tema seminar ini bertajuk " Memperkasakan Pendidikan Guru Permulaan Abad ke-21"

Pengisian seminar melibatkan pembentangan 5 pembentang dari negara Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Filipina dan Singapura tentang guru permulaan, 5 pembentang jemputan universiti (UM, UKM, USM, UPM dan UPSI) dan 30 pembentangan dari Institut Pendidikan Guru di seluruh negari termasuk Sabah dan Sarawak.

Dalam seminar ini juga pentandingan Inovasi Penyelidikan turut dijalankan melibatkan 28 IPG di negara ini.

Salam Seminar


Penganjur Urusetia Seminar Serantau Guru Permulaan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
Readmore »